AKTIVITI PANITIA

Isnin, Januari 21, 2013

SURAU NUR IMAN dalam pembinaan


SURAU NUR IMAN, SK SUNGAI SERAI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana SK Sungai Serai akan mendapat surau baru yang masih di dalam pembinaan. Semoga dengan terbinanya surau ini yang terletak di tengah-tengah sekolah akan menjadi nadi kepada pembinaan sahsiah murid dan sebagai pusat aktiviti Panitia Pendidikan Islam.
Walaupun saiz surau yang bakal terbina ini kecil dari jangkaan, diharapkan setiap ruang surau ini dapat dimanfaatkan untuk aktiviti yang berfaedah dan mendatangkan kesan positif dalam kemenjadian murid di SK Sungai Serai. InsyaAllah.