AKTIVITI PANITIA

Rabu, Julai 18, 2012

KHEMAH IBADAH 2012

KHEMAH IBADAH 2012
29 - 30 JUN 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SERAI, HULU LANGAT


MUAZZIN MELAUNGKAN AZAN ASAR


JEMAAH MURID MUSLIMAH


IMAM SOLAT ASAR : USTAZ NORIZAM


MAKAN MALAM


USTAZAH NUR HABIBAH BERSAMA AHLI KUMPULAN DAN ANAKNYA


QIYAMULAIL DIBIMBING OLEH USTAZ ASMADI


SENAMAN PAGI


AMALI MANDI HADAS BESAR


TAZKIRAH DHUHA OLEH USTAZ NORIZAM


PERASMIAN PENUTUP OLEH GPK 1, PN. NOR HAYATI JALIL

RAMADHAN AL-MUBARAK



Bismillahirrahmanirrahim

Fadhilat Ramadhan
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Khamis, Mac 29, 2012

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)


Makluman kepada ibu bapa yang ingin menyemak markah anak-anak tuan/puan:


SEMAKAN MARKAH UJIAN FASA 1: sila semak dalam laman web berikut:

Terima Kasih

Selasa, Mac 27, 2012

KARNIVAL TADARUS AL-QURAN 2012 PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

Gambar oleh : Ustaz Mohd Zahari a.k.a BRO HTC

Assalamualaikum wrt. wbt.
Salam Ukhwah.


Pada 24 Mac 2012 (Sabtu) yang lalu, SK Sungai Serai telah menghantar kontijen Nasyid dan Kompang Selawat ke Karnival Tadarus Al-Quran (KTQ) peringkat PPD Hulu Langat di SMK Engku Husain, Kajang. Kumpulan Nasyid An-Nasywar dan Kumpulan Kompang Selawat An-Najwan mewakili Zon Cheras untuk berentap dengan 4 zon yang lain iaitu Zon Ampang, Zon Kajang, Zon Bangi dan Zon Semenyih.



Dengan berbekal semangat dan iringan doa, Kumpulan Nasyid An-Nasywar telah mendapat tempat ketiga di belakang SK Bandar Teknologi dan SK Bandar Tun Hussein Onn. Manakala Kumpulan Kompang An-Najwan berjaya menjadi JOHAN menewaskan sekolah dari zon lain. Ini merupakan kejayaan bersejarah buat SK Sungai Serai.



Walau bagaimanapun, kecemerlangan kumpulan kompang selawat tersekat di peringkat daerah kerana acara kompang selawat tidak dipertandingkan di Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat Negeri Selangor. TAHNIAH diucapkan kepada semua murid yang telah meletakkan nama SK Sungai Serai sebaris dengan peserta yang telah lama mendapat tempat di peringkat kebangsaan. InsyaAllah, mudah-mudahan pada tahun akan datang dan seterusnya, SK Sungai Serai akan lebih garang dan menjadi Juara dalam apa jua acara yang dipertandingkan.


TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru yang sudi membantu dalam melatih peserta-peserta tersebut.
SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA..InsyaAllah..

Ustaz Khairul Abu Zar
Pengurus Pasukan Kompang Selawat An-Najwan.

Isnin, Mac 12, 2012

KARNIVAL TADARUS AL-QURAN ZON CHERAS 2012

    Gambar oleh : Ustaz Mohd Zahari a.k.a BRO HTC

    Sekolah Kebangsaan Sungai Serai telah mencatat satu lagi sejarah dengan memenangi pertandingan nasyid untuk Zon Cheras bagi 4 tahun berturut-turut. Di samping itu juga, sk sungai serai berjaya menjadi johan kompang selawat setelah acara tersebut direhatkan selama 2 tahun.

    Bagi acara lain, Sk Sungai Serai sekadar menduduki tempat kedua bagi acara bercerita lelaki melalui adik Fitri Bin Noor Apendi, tempat ketiga bagi acara hafazan melalui adik irfan, dan tempat ketiga bagi acara tilawah al-quran melalui adik anis nurfatin.

    Walaubagaimanapun, johan keseluruhan karnival tadarus al-quran bagi Zon Cheras tidak dapat dikekalkan sebaliknya dirampas oleh sk sungai lui.

    Tahniah diucapkan kepada semua peserta, guru-guru , pentadbir dan dermawan yang telah bersama-sama merealisasikan kejayaan ini.

    Insyaallah, tahun 2013 akan menjadi milik Sk Sungai Serai sepenuhnya!!

    KUMPULAN NASYID AN-NASYWAR

    KUMPULAN KOMPANG SELAWAT AN-NAJWAN BERSAMA PESERTA HAFAZAN DAN TILAWAH

    AKTIVITI PANITIA 2012


    SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433
    SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SERAI, HULU LANGAT
    11 FEBRUARI 2012



    Penyampaian sumbangan kepada Ustaz Amril atas kesudian menyampaikan ceramah.






    Perarakan Maulidur Rasul 1433h