AKTIVITI PANITIA

Rabu, Oktober 27, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2010

TARIKH:
4 NOVEMBER 2010

HARI:
KHAMIS

MASA:
8 PAGI - 9 PAGI

PENGLIBATAN:
MURID-MURID TAHUN 6
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PROGRAM jQAF 2010
DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR
CORAL BAY RESORT, PULAU PANGKOR

ANJURAN
UNIT PENDIDIKAN ISLAM
PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT
26 - 28 OKTOBER 2010

GURU SKSS YANG TERLIBAT:
USTAZ ASMADI BIN ISMAIL
USTAZ KHAIRUL ABU ZAR BIN HUSSIN

SELAMAT BERKURSUS

Rabu, September 08, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431H

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK SUNGAI SERAI INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SERAI DAN SELURUH UMAT ISLAM. SEMOGA AIDILFITRI INI MENJADI MEDAN MEMPERKASAKAN UKHWAH DAN SILATURRAHIM SESAMA MUSLIM.

Khamis, Julai 15, 2010

MAKLUMAN

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK SUNGAI SERAI KALI KE-2 2010

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Serai Kali Ke-2 telah diadakan pada 14 Julai 2010 pukul 12.30 tengah hari bertempat di Pusat Sumber SK Sungai Serai. Mesyuarat kali ini membincangkan beberapa perkara dan tindakan yang bakal dilakukan untuk memastikan perjalanan aktiviti panitia lancar dan lebih efektif.
Berikutan daripada lawatan Nazir Persekutuan, JPN Selangor dan PPD Hulu Langat yang lalu, pihak pentadbir meminta Panitia Pendidikan Islam melaksanakan arahan yang diberikan sebaik mungkin. Perkara yang perlu dilaksanakan adalah kekemasan fail panitia dan jQAF. Selain daripada itu, guru perlu sentiasa peka dan bersedia dengan apa sahaja bahan yang diperlukan untuk pemantauan.
Untuk aktiviti akan datang, kem bestari solat kali ke-3 akan diadakan tetapi tarikh masih belum ditentukan berikutan ada bengkel Sains dan Matematik pada 24 dan 31 Julai 2010 depan. Turut dibincangkan adalah program Ihya Ramadhan.

Selasa, Jun 08, 2010

MAKLUMAT PENGUMPULAN DATA E-LAPORAN jQAF JUN 2010

Pada 7 Jun 2010 bertempat di PPD Petaling Perdana, satu mesyuarat jurulatih utama data jQAF Negeri Selangor telah diadakan. Dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Kanan Operasi jQAF, Ustaz Wan Yusof, semua jurulatih daerah diberi taklimat berhubung program data yang telah dikemaskini.
Bagi pengumpulan data di peringkat Daerah Hulu Langat tarikh yang telah ditetapkan ialah pada 8 Julai 2010. Satu bengkel akan diadakan pada 22 Jun 2010 di PPD Hulu Langat. Semua wakil jQAF setiap sekolah di Daerah Hulu Langat akan dipanggil untuk diberi taklimat.

Selasa, Mac 16, 2010

KARNIVAL TADARUS AL-QURAN 2010


SALAM UKHWAH..


Bertemu lagi setelah lama menyepi baru kini pihak admin berkesempatan dan rajin untuk mengemaskini laman blog ini. Bukan apa, jika admin mengemaskini, pastinya kurang guru yang membacanya. Admin berharap apa sahaja maklumat yang disalurkan dalam laman blog ini dapat memberi impak kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Terima kasih.
Baru-baru ini, SK Sungai Serai telah dipilih PPD Hulu Langat untuk menjadi tuan rumah bagi Karnival Tadarus Al-Quran (KTQ) bagi tahun 2010 dengan tema Al-Quran Penjana Wahdatul Ummah. KTQ tersebut diadakan pada 11 Mac 2010 bersamaan 26 Rabiul Awwal 1431h yang lalu.
Walaupun banyak dugaan yang telah diharungi, tetapi pihak Panitia Pendidikan Islam SKSS berjaya mengharunginya dengan tenang. Banyak acara dimansuhkan berikutan kekurangan dana, namun itu tidak mematahkan semangat guru-guru.
KTQ dimulakan dengan taklimat para hakim dari zon Cheras sendiri. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Khairul Abu Zar dengan memaklumkan beberapa maklumat terkini sebagai panduan kepada para hakim. Sebanyak 3 acara dipertandingkan iaitu Hafazan, Tilawah Al-Quran dan Bercerita Bahasa Melayu. Acara yang pertandingkan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Lelaki dan Perempuan.
Setelah kesemuanya bertanding, tibalah masa untuk Majlis Penutup yang dirasmikan Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Ismail b Musa. Turut hadir, Tn. Hj. Sabri b Satar, Ketua Unit Pendidikan Islam, PPDHL dan Ustaz Baharuddin b Shuib, Penyelia Pendidikan Islam, PPDHL. Berikut keputusan yang telah dimenangi oleh murid SK Sungai Serai :
  • Muhammad Yusuf b Fahrizal - Johan Bercerita (L)
  • Ainul Halili bt Ikhsan - Naib Johan Tilawah (P)
  • Muhd Badri b Sawari - Tempat Ketiga Tilawah (L)
  • Nur Bazla bt Ayob - Tempat Ketiga Hafazan (P)
Tahniah diucapkan kepada murid yang telah berjaya. Kepada yang tidak berjaya, insyaAllah kita cuba lagi.
Tuan Rumah bagi Karnival Tadarus Al-Quran untuk tahun 2011 ialah SK Sungai Lui. Diharapkan, acara akan turut ditambah.
Sekian, Wassalam