Rasulullah SAW bersabda : “Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang mempelajari ilmu atau orang yang mendengar dalam majlis ilmu atau orang yang cintakan ilmu. Janganlah kamu menjadi orang yang kelima nescaya kamu akan binasa”. (Riwayat At-Tabrani)

MATLAMAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH supaya menjadi hamba dan Khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Khamis, Julai 15, 2010

MAKLUMAN

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK SUNGAI SERAI KALI KE-2 2010

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Serai Kali Ke-2 telah diadakan pada 14 Julai 2010 pukul 12.30 tengah hari bertempat di Pusat Sumber SK Sungai Serai. Mesyuarat kali ini membincangkan beberapa perkara dan tindakan yang bakal dilakukan untuk memastikan perjalanan aktiviti panitia lancar dan lebih efektif.
Berikutan daripada lawatan Nazir Persekutuan, JPN Selangor dan PPD Hulu Langat yang lalu, pihak pentadbir meminta Panitia Pendidikan Islam melaksanakan arahan yang diberikan sebaik mungkin. Perkara yang perlu dilaksanakan adalah kekemasan fail panitia dan jQAF. Selain daripada itu, guru perlu sentiasa peka dan bersedia dengan apa sahaja bahan yang diperlukan untuk pemantauan.
Untuk aktiviti akan datang, kem bestari solat kali ke-3 akan diadakan tetapi tarikh masih belum ditentukan berikutan ada bengkel Sains dan Matematik pada 24 dan 31 Julai 2010 depan. Turut dibincangkan adalah program Ihya Ramadhan.

0 comments:

Pautan Blog jQAF