Rasulullah SAW bersabda : “Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang mempelajari ilmu atau orang yang mendengar dalam majlis ilmu atau orang yang cintakan ilmu. Janganlah kamu menjadi orang yang kelima nescaya kamu akan binasa”. (Riwayat At-Tabrani)

MATLAMAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan AL-QURAN dan AS-SUNNAH supaya menjadi hamba dan Khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Selasa, Mac 16, 2010

KARNIVAL TADARUS AL-QURAN 2010


SALAM UKHWAH..


Bertemu lagi setelah lama menyepi baru kini pihak admin berkesempatan dan rajin untuk mengemaskini laman blog ini. Bukan apa, jika admin mengemaskini, pastinya kurang guru yang membacanya. Admin berharap apa sahaja maklumat yang disalurkan dalam laman blog ini dapat memberi impak kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Terima kasih.
Baru-baru ini, SK Sungai Serai telah dipilih PPD Hulu Langat untuk menjadi tuan rumah bagi Karnival Tadarus Al-Quran (KTQ) bagi tahun 2010 dengan tema Al-Quran Penjana Wahdatul Ummah. KTQ tersebut diadakan pada 11 Mac 2010 bersamaan 26 Rabiul Awwal 1431h yang lalu.
Walaupun banyak dugaan yang telah diharungi, tetapi pihak Panitia Pendidikan Islam SKSS berjaya mengharunginya dengan tenang. Banyak acara dimansuhkan berikutan kekurangan dana, namun itu tidak mematahkan semangat guru-guru.
KTQ dimulakan dengan taklimat para hakim dari zon Cheras sendiri. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Khairul Abu Zar dengan memaklumkan beberapa maklumat terkini sebagai panduan kepada para hakim. Sebanyak 3 acara dipertandingkan iaitu Hafazan, Tilawah Al-Quran dan Bercerita Bahasa Melayu. Acara yang pertandingkan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Lelaki dan Perempuan.
Setelah kesemuanya bertanding, tibalah masa untuk Majlis Penutup yang dirasmikan Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Ismail b Musa. Turut hadir, Tn. Hj. Sabri b Satar, Ketua Unit Pendidikan Islam, PPDHL dan Ustaz Baharuddin b Shuib, Penyelia Pendidikan Islam, PPDHL. Berikut keputusan yang telah dimenangi oleh murid SK Sungai Serai :
  • Muhammad Yusuf b Fahrizal - Johan Bercerita (L)
  • Ainul Halili bt Ikhsan - Naib Johan Tilawah (P)
  • Muhd Badri b Sawari - Tempat Ketiga Tilawah (L)
  • Nur Bazla bt Ayob - Tempat Ketiga Hafazan (P)
Tahniah diucapkan kepada murid yang telah berjaya. Kepada yang tidak berjaya, insyaAllah kita cuba lagi.
Tuan Rumah bagi Karnival Tadarus Al-Quran untuk tahun 2011 ialah SK Sungai Lui. Diharapkan, acara akan turut ditambah.
Sekian, Wassalam

0 comments:

Pautan Blog jQAF