AKTIVITI PANITIA

Selasa, Mac 27, 2012

KARNIVAL TADARUS AL-QURAN 2012 PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

Gambar oleh : Ustaz Mohd Zahari a.k.a BRO HTC

Assalamualaikum wrt. wbt.
Salam Ukhwah.


Pada 24 Mac 2012 (Sabtu) yang lalu, SK Sungai Serai telah menghantar kontijen Nasyid dan Kompang Selawat ke Karnival Tadarus Al-Quran (KTQ) peringkat PPD Hulu Langat di SMK Engku Husain, Kajang. Kumpulan Nasyid An-Nasywar dan Kumpulan Kompang Selawat An-Najwan mewakili Zon Cheras untuk berentap dengan 4 zon yang lain iaitu Zon Ampang, Zon Kajang, Zon Bangi dan Zon Semenyih.



Dengan berbekal semangat dan iringan doa, Kumpulan Nasyid An-Nasywar telah mendapat tempat ketiga di belakang SK Bandar Teknologi dan SK Bandar Tun Hussein Onn. Manakala Kumpulan Kompang An-Najwan berjaya menjadi JOHAN menewaskan sekolah dari zon lain. Ini merupakan kejayaan bersejarah buat SK Sungai Serai.



Walau bagaimanapun, kecemerlangan kumpulan kompang selawat tersekat di peringkat daerah kerana acara kompang selawat tidak dipertandingkan di Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat Negeri Selangor. TAHNIAH diucapkan kepada semua murid yang telah meletakkan nama SK Sungai Serai sebaris dengan peserta yang telah lama mendapat tempat di peringkat kebangsaan. InsyaAllah, mudah-mudahan pada tahun akan datang dan seterusnya, SK Sungai Serai akan lebih garang dan menjadi Juara dalam apa jua acara yang dipertandingkan.


TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru yang sudi membantu dalam melatih peserta-peserta tersebut.
SEMOGA ALLAH MEMBALASNYA..InsyaAllah..

Ustaz Khairul Abu Zar
Pengurus Pasukan Kompang Selawat An-Najwan.