AKTIVITI PANITIA

Isnin, Januari 21, 2013

TERIMA KASIH, SELAMAT DATANG




Panitia Pendidikan Islam mengucapkan SELAMAT MENJALANKAN TUGAS di tempat yang baru kepada USTAZAH MONA LORA. Beliau yang bertukar ke SK Sungai Kantan, Kajang telah menabur bakti sebagai guru program jQAF Bahasa Arab di SK Sungai Serai sejak 2007. Selain menjalankan tugas sebagai guru Bahasa Arab, Ustazah Mona Lora juga merupakan jurulatih kepada kumpulan nasyid SK Sungai Serai. Jasa dan bakti Ustazah Mona Lora kepada Panitia tiada galang gantinya. Diharapkan Ustazah Mona Lora akan terus berjaya. Terima Kasih


Ahlan Wasahlan, Selamat Datang kami ucapkan kepada Ustazah Samzu Nur Jehan yang telah ditempatkan di SK Sungai Serai dengan menggantikan Ustazah Mona Lora. Kehadiran Ustazah Nur Jehan sangat kami alu-alukan. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS bersama-sama kami dalam Panitia Pendidikan Islam. Ustazah Nur Jehan merupakan guru program jQAF Bahasa Arab yang mengisi kekosongan Ustazah Mona Lora. 
Sekali lagi, AHLAN WASAHLAN.