AKTIVITI PANITIA

Khamis, Januari 02, 2014


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

2013 telah melabuhkan tirainya dengan banyak peristiwa suka dan duka berlaku di SK Sungai Serai. Dengan kejayaan gemilang UPSR 2013, SK Sungai Serai telah melakar sejarah baru dengan murid yang mendapat 5A seramai 26 orang. Itulah kejayaan yang menutup tirai 2013. Jasa dan Pengorbanan semua pihak telah membuktikan bahawa TIADA YANG MUSTAHIL untuk kita melakar kecemerlangan.
2014
Langkah diatur dengan kesungguhan guru-guru dan pentadbir, merancang dan mengenalpasti kelemahan untuk membuktikan sekali lagi bahawa SK Sungai Serai mampu berdiri sebaris dengan sekolah-sekolah kluster yang lain. Insya Allah.
Bagi murid-murid SK Sungai Serai, semoga kita semua bersama-sama berusaha dan menggembling tenaga untuk meraih kejayaan yang lebih gemilang. Bukan hanya cemerlang dalam UPSR tetapi diharapkan murid-murid SK Sungai Serai cemerlang dari segi sahsiah dan kokurikulum.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.
Rasulullah S.A.W bersabda, “Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju syurga.” (HR. Muslim no: 2699 dari Abi Hurairah)