AKTIVITI PANITIA

Selasa, Januari 29, 2013

SELAMAT BERSARA GPK 1, PN. NOR HAYATI

Pada 25 Januari 2013 yang lalu, maka rasmilah bahawa Puan Nor Hayati bt Jalil mengundurkan diri dari arena perguruan apabila bersara dan menamatkan perkhidmatan sebagai Guru Penolong Kanan di SK Sungai Serai. Majlis yang diadakan pada hari Jumaat, penghulu segala hari bagaikan berat untuk merelakan persaraan Pn. Nor Hayati apabila hujan turun pada awal pagi. Berikut adalah sebahagian gambar pada majlis tersebut.


Yang Diraikan, Puan Nor Hayati bt Jalil
GPK Kurikulum SK Sungai Serai




Juruacara majlis, Ustaz Abu Zar dan Ustazah Nur Habibah



Dari kiri : Dr. Hajjah Nazirah, GB SK Sungai Serai bersama mantan GB SK Sungai Serai, Pn. Rashidah (Tengah) dan Pn. Selamah (Kanan)


 Pn. Nor Hayati menandatangani Buku Tamat Perkhidmatan sambil diiringi Dr. Hajjah Nazirah



Jurugambar khas, Ustaz Zahari (kiri) bersama anak Pn. Nor Hayati

Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Serai mengucapkan SELAMAT BERSARA dan TERIMA KASIH kepada 
Pn. Nor Hayati bt Jalil atas persaraan dan segala tunjuk ajar yang diberikan.

Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.